Wednesday, 11 May 2022

Yo 2022!

Assalamualaikum and good day lovelies!~ :)

andddddd its almost half of 2022!!!

weh jap, my last post tu macam aaaaaa sengal betoll.

jap nanti sambung....

**
macam apa je weh.

but kan.
 the feelings is still there
 cuma i dah lessens to contact him.
well i try my very best.
nak tido kejap, nanti bagun zohor n lunchiess

Tuesday, 8 September 2020

juggling 1

Assalamualaikum and good day lovelies!~ :)

Alhamdulillah  dan syukur.

Though siang tadi aku macam pause sekejap, sebab rasa macam pressed down. tertekan dengan hal ehwal rumah. entah apa aku fikir, entah apa yang menekankan aku. aku tak tahu.
bila dah diam,sambil layan senak perut, aku spend masa untuk koreksi emosi.

salah satunya... berkenaan luahan perasaan student. cikgu, saya terdengar perbualan mak saya dan kawannya. katanya dia lebih suka saya tak ada kawan, sebab bila tak ada kawan, saya boleh perform study.
Well, kids. I had the same experience, and you triggered me. but it's okay ,kita practice cara nak solve, since we are adult now.
i said, its hurt kan. we need friends. we need social life. we need interaction with friends. 
just talk with them, create beautiful bond with them.

as for me.....
a bit susah to mingle with jiran ni... aku sendiri yang not open to talk with them..
but i have so many options to talk with my new coding teammates, my fyp students, lecturers, practice interaction with human..
and most of all, i need to care about my food intake. 
i am thinking to buy chicken je ni...sebab terinspirasi dengan lina's plate. 
so far, ayam, timun and also lettuce. ok kot ya..
so nak stop garam gula, and start focus on exercise.... 
erm...i think, i have to start with exercise.. and manage time proper.....

its time to focus on myself and to walk my talk.
 yes, i can do this....!!!

ok malam ni, malam ni wajib tengok second vid iqbal. hantar jurnal.
then baru i boleh tido.
esok pagi, wake up with a dose of coffee. i'm intend to buy coffee... coffee apa yang sedap ya...
 or maybe i could try, cold brew coffee ;)
pape jer la. 

ok, masih serabut ni. hai yaiyaiii..
kk  fokus vid.

Wednesday, 2 September 2020

Process emotion and decide new route for self-improvement 01

Assalamualaikum and good day lovelies!~ :)

Alhamdulillah . harini dah selesai appointment dengan Dr kulit. Well, sepatutnya esok weh. tapi entah macam mana aku ingat hari ini ialah 3 Sept. Maybe sebab ingat 1 Sep adalah hari Isnin.lulz.
Sepatutnya Dr perlu spray di tempat bekas ketuat (jari kelingking kiri) esok, tapi dah eden datang harini, dan Dr cakap tak perlu la mai esok. cuma tengok dalam masa 2 bulan ni, jadi lagi tak. sebab tendency untuk naik balik tu ada.
Macam tak faham sangat tadi apa yang staf di kaunter cakap, which means, aku tak perlu pun datang harini, aku patut datang esok. Tapi aku pulak faham apa yang nurse in the last appoitment cakap, next time jumpa Dr dulu sebelum nak spray. 
Entah weh. serabut serabut.

Aku perlu lebih banyak practice bertenang kan.

Okay.....so sekarang ni aku rasa banyak betoi benda dalam pinggan aku .
which i kinda like it since most of it is about improving me. thesis, tutor, tsa, sewing. love kan.
Pagi ini aku baca entri di Twitter Dr Alizi Alias.



In order untuk aku nak stay confidence, i have to do few small success... Alhamdulillah, so far i could feels that every second is a chance for me to better myself. Walau tadi rasa macam , 'eh apa la aku ni, datang awal sehari, tak perasan tarikh.' but i pujuk myself, there will be better like this. since i am here dah pun. redah je la, unless kalau staff tu cakap, boleh datang esok tak?, then aku undur diri je.

i have to do something with this tarikh thingy.... i plan to print out date in an A4 paper dan tampal kat bilik. Date and Day, and i will tear it of before sleep.
one of reason i am becoming forgetful is because i didnt have enough sleep these day and does not practice sleep hygiene properly.
i miss my deep sleep time... oh yeah, i need my omega 3 fix. had finish them last month.
this time i wanna topup with magnesium, zink and also vit C.

Apart from this, today i search for affect of complain to brain. Mind-blown! Stop complaining—it's making you dumber.
Fuh terasa amat weh. These past few months memang la sangat sangat intense dengan blame-complain issue ni. Little did i know, it affect my brain. Sigh.
It weaken it. Huwaaaaaa. I cry hard inside.

THE BEST way to avoid is by changing my environment totally. FULL STOP.
THIS IS THE BIG WHY, AL. THIS IS THE BIGGEST REASON YOU SHOULD HAVE YOUR OWN LIVING AND BE INDEPENDENT.

As of now, I am still need to rely on the roof and the space that I have since my financial is still not enough to move forward.
HEnce, the second best way is to do my work in library. like today, i feels so much good vibes. alhamdulillah. one thing at a time al.
I only read the title, not yet the content. sure i will have my own say after reading those text.

NEXT SOLUTION  is to always be mindful, always and always. this is where i need the help of supplements! there will be specific allocation for supplements in my next income.

as for my spiritual, it is vital for me to have a read of Mathurat every day. must.
and i can start with Quran Hour session for Tafsir Al fatihah. go go alia. inshaAllah . All is well

Monday, 31 August 2020

Tembus tembok Bahagian 1

Assalamualaikum and good day lovelies!~ :)

Terkadang kita rasa macam jalan kita tu dah betul, "hey ini cita-cita aku."
ha gitu. terasa seperti berjalan di atas rangka hidup yang dirancang dengan mudah amat.

Bila menemui jalan buntu, kita mula gelabah.
kita kabur, dah tak nampak nak pegi arah mana.
sebab kita masih memandang tembok itu, dengan akal yang mahu memanjat tembok itu. 
mana datang ni weh tembok besar macam ni?
i can't see the light, rengus dalam hati.

duduk, terpaku menangis di depan tembok tu. di tumbuk2 tembok itu agar pecah, mahu lalu pantas, mahu segera menuju puncak (eh, macam biasa dengar tu). mahu kejar cita-cita, mahu laksanakan apa yang diangankan.
bengkak mata, pedih hati, sayu hati- apa yang dicita tak menjadi realiti.
terpandang rakan se-batch lain di atas track yang semacam elok saja, menuju ke arah cita2 seperti yang kita idamkan.
"wey, mana aci....apsal kau sampai, apsal ada tembok depan ni, apsal apsal apsaaaL?"

segala rasa itu menjeruk jiwa, dengan kuasa berganda.

entah bagaimana, langkah kaki diundur, "biar mereka maju, biar aku di sini. biar."
undur, merajuk, lelah dalam memujuk jiwa, rasa seperti mahu kalah. ya, cuma rasa.

lalu, berhenti. untuk apa aku berada di sini?
memandang tembok yang tak juga berubah fizikalnya? sakit tau genggaman aku menumbuk2nya tempoh hari sambil diraungnya- pecah lah, roboh lah, aku mahu lalu! hampir hilang suara.
ah, buang masa.

aku duduk lagi. di tempat aku berundur, tidak jauh, tapi masih kelihatan temboknya. 
aku cuba merangka perancangan lain untuk menembusi tembok itu.
hey, aku masih semangat kay!

tbc.

Saturday, 15 August 2020

How to Reprogram Your Minds

Assalamualaikum and good day lovelies!~ :)

I found an important info to share, a thread of tweets from @khalids.






Below are printscreen of the thread for my future reference.



































Yosh!

Saturday, 25 July 2020

NH 2 - Terima kasih kerana sudi hadir

Assalamualaikum and good day lovelies!~ :)

Sharing dari Telegram Channel : JIWA

Kita tidak pernah tersalah alamat.

Pertemuan kita memang disengajakan oleh rencana takdir. Meskipun ia berujung perpisahan, tetapi ia meninggalkan sebuah pengajaran yang paling berharga.

Oleh itu terima kasih kerana pernah hadir. Terima kasih juga kerana pernah pergi.
🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿

Masa lalu itu tidak harus dilupakan kerana ia dapat mengajarkan kamu untuk masa depanmu.

Agar kamu tidak lagi mengulang kesilapan yang sama.

Akan tetapi tidak semestinya kamu harus merindukan masa lalu itu.

Tidak bisa lupa bukan bererti kamu merinduinya. Tidak bisa lupa bukan bererti kamu belum benar benar move on.

Ia cuma bermakna kamu sudah benar benar dewasa, yang sudah memahami bahwa masa lalu itu tidak mampu untuk melukaimu lagi.

Wednesday, 22 July 2020

Salam Zulhijjah dan Pesanan Sosial (Covid 19)

Assalamualaikum and good day lovelies!~ :)

Salam Zulhijjah!

Alhamdulillah, diam tak diam, hari ini dah masuk 1 Zulhijjah 1441 H kan? 
Rasa sekejap aja masa berlalu, dari Januari sampai ke harini. tahu-tahu dah 22 Julai, Fuh, diam tak diam kita semua dah melalui fasa PKP yang masing-masing ada cabaran yang tersendiri, ye dak? Masing-masing punya cara tersendiri untuk bangkit semula dari tempoh kita semua bantu negara hadapi pandemik global. Wah, seperti pejuang ya kita semua ni apabila usaha kita untuk #DudukRumah itu adalah usaha yang sangat bermakna dalam membantu negara kita. Semua usaha yang kita lakukan itu dapat disimpulkan dengan graf seperti dalam gambar di bawah, yang mana kes-kes makin berkurangan saban hari. Tahniah buat kita semua.



Di fasa PKPP ini, kita masih lagi perlu mengamalkan norma baharu yang kerajaan sudah terapkan selama 3 bulan bermula dari fasa PKP yang lalu. Kita semua harus ingat, virus itu masih ada, dan menjadi tanggungjawab kita semua dalam mengamalkan penjarakan sosial seperti yang sering dipesan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham setiap kali beliau melaporkan kes-kes terbaru baru Covid19 ini.

Kewujudan kluster baru akhir ini agak membimbangkan kita semua. Memetik kenyataan Dr Hisham di laman Facebook beliau (sumber), 
Namun begitu, harus diingat bahawa terdapat juga 9 kluster lain yang merupakan penularan berkaitan kes tempatan di dalam negara, dan tidak berkaitan dengan kes import. Ini menunjukkan masyarakat sememangnya telah mulai alpa dan leka, lalu mula tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sebolehnya, kita semua sangat berharap yang gelombang kedua bagi pandemik ini tidak berlaku di Malaysia kerana kita semua sudah maklum bagaimana kesan pandemik ini ke atas diri sendiri dan kepada ekonomi negara, amnya. Dengan ini, harapnya isu ini dapat dikawal sepenuhnya dengan penjagaan kendiri yang disarankan oleh kerajaan. Elakkan 3S / 3C dan amalkan 3 W seperti yang dijelaskan di gambar di bawah.



Kita semua bertanggungjawab dalam memutuskan rangkaian Covid 19 ini di negara kita. Video dari Youtube ini membantu kita memahami bagaimana penjarakan sosial berfungsi.
 


Asalnya entri ini hanya mahu memfokuskan kepada amalan untuk 10 hari dalam Zulhijjah ini. Tapi disebabkan akak terlalu risau dengan keadaan semasa, maka akak selitkan pesanan sosial seperti di atas yang pesanan ini juga ditujukan kepada diri akak sendiri. 10 hari ini ialah 10 hari yang terbaik dalam tahun ini. Insya Allah, semoga kita semua dapat memanfaatkan dan melipatkali gandakan amalan kita dalam tempoh ini.



Berikut senarai amalan yang kita boleh buat:



Ok setakat itu saja sharing akak kali ini. tulis dari pukul 12 pm tadi, pukul 4 pm baru dapat publish. yang mana dalam tempoh tu ada webinar session yang bertajuk "How to Publish in Oxford Journal". Alhamdulillah, mudah sekali proses pembelajaran di alaf norma baharu ini. 
Sampai di sini saja, see ya.