Terkadang kita rasa macam jalan kita tu dah betul, "hey ini cita-cita aku."
ha gitu. terasa seperti berjalan di atas rangka hidup yang dirancang dengan mudah amat.
Bila menemui jalan buntu, kita mula gelabah.
kita kabur, dah tak nampak nak pegi arah mana.
sebab kita masih memandang tembok itu, dengan akal yang mahu memanjat tembok itu.
mana datang ni weh tembok besar macam ni?
i can't see the light, rengus dalam hati.
duduk, terpaku menangis di depan tembok tu. di tumbuk2 tembok itu agar pecah, mahu lalu pantas, mahu segera menuju puncak (eh, macam biasa dengar tu). mahu kejar cita-cita, mahu laksanakan apa yang diangankan.
bengkak mata, pedih hati, sayu hati- apa yang dicita tak menjadi realiti.
terpandang rakan se-batch lain di atas track yang semacam elok saja, menuju ke arah cita2 seperti yang kita idamkan.
"wey, mana aci....apsal kau sampai, apsal ada tembok depan ni, apsal apsal apsaaaL?"
segala rasa itu menjeruk jiwa, dengan kuasa berganda.
entah bagaimana, langkah kaki diundur, "biar mereka maju, biar aku di sini. biar."
undur, merajuk, lelah dalam memujuk jiwa, rasa seperti mahu kalah. ya, cuma rasa.
lalu, berhenti. untuk apa aku berada di sini?
memandang tembok yang tak juga berubah fizikalnya? sakit tau genggaman aku menumbuk2nya tempoh hari sambil diraungnya- pecah lah, roboh lah, aku mahu lalu! hampir hilang suara.
ah, buang masa.
aku duduk lagi. di tempat aku berundur, tidak jauh, tapi masih kelihatan temboknya.
aku cuba merangka perancangan lain untuk menembusi tembok itu.
hey, aku masih semangat kay!
tbc.
No comments:
Post a Comment
Thanks for leaving your message here. :)