Salam Zulhijjah!
Alhamdulillah, diam tak diam, hari ini dah masuk 1 Zulhijjah 1441 H kan?
Rasa sekejap aja masa berlalu, dari Januari sampai ke harini. tahu-tahu dah 22 Julai, Fuh, diam tak diam kita semua dah melalui fasa PKP yang masing-masing ada cabaran yang tersendiri, ye dak? Masing-masing punya cara tersendiri untuk bangkit semula dari tempoh kita semua bantu negara hadapi pandemik global. Wah, seperti pejuang ya kita semua ni apabila usaha kita untuk #DudukRumah itu adalah usaha yang sangat bermakna dalam membantu negara kita. Semua usaha yang kita lakukan itu dapat disimpulkan dengan graf seperti dalam gambar di bawah, yang mana kes-kes makin berkurangan saban hari. Tahniah buat kita semua.
Di fasa PKPP ini, kita masih lagi perlu mengamalkan norma baharu yang kerajaan sudah terapkan selama 3 bulan bermula dari fasa PKP yang lalu. Kita semua harus ingat, virus itu masih ada, dan menjadi tanggungjawab kita semua dalam mengamalkan penjarakan sosial seperti yang sering dipesan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham setiap kali beliau melaporkan kes-kes terbaru baru Covid19 ini.
Kewujudan kluster baru akhir ini agak membimbangkan kita semua. Memetik kenyataan Dr Hisham di laman Facebook beliau (sumber),
Namun begitu, harus diingat bahawa terdapat juga 9 kluster lain yang merupakan penularan berkaitan kes tempatan di dalam negara, dan tidak berkaitan dengan kes import. Ini menunjukkan masyarakat sememangnya telah mulai alpa dan leka, lalu mula tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Sebolehnya, kita semua sangat berharap yang gelombang kedua bagi pandemik ini tidak berlaku di Malaysia kerana kita semua sudah maklum bagaimana kesan pandemik ini ke atas diri sendiri dan kepada ekonomi negara, amnya. Dengan ini, harapnya isu ini dapat dikawal sepenuhnya dengan penjagaan kendiri yang disarankan oleh kerajaan. Elakkan 3S / 3C dan amalkan 3 W seperti yang dijelaskan di gambar di bawah.
Kita semua bertanggungjawab dalam memutuskan rangkaian Covid 19 ini di negara kita. Video dari Youtube ini membantu kita memahami bagaimana penjarakan sosial berfungsi.
Asalnya entri ini hanya mahu memfokuskan kepada amalan untuk 10 hari dalam Zulhijjah ini. Tapi disebabkan akak terlalu risau dengan keadaan semasa, maka akak selitkan pesanan sosial seperti di atas yang pesanan ini juga ditujukan kepada diri akak sendiri. 10 hari ini ialah 10 hari yang terbaik dalam tahun ini. Insya Allah, semoga kita semua dapat memanfaatkan dan melipatkali gandakan amalan kita dalam tempoh ini.
Berikut senarai amalan yang kita boleh buat:
Ok setakat itu saja sharing akak kali ini. tulis dari pukul 12 pm tadi, pukul 4 pm baru dapat publish. yang mana dalam tempoh tu ada webinar session yang bertajuk "How to Publish in Oxford Journal". Alhamdulillah, mudah sekali proses pembelajaran di alaf norma baharu ini.
Sampai di sini saja, see ya.
No comments:
Post a Comment
Thanks for leaving your message here. :)