Saturday, 25 July 2020

NH 2 - Terima kasih kerana sudi hadir

Assalamualaikum and good day lovelies!~ :)

Sharing dari Telegram Channel : JIWA

Kita tidak pernah tersalah alamat.

Pertemuan kita memang disengajakan oleh rencana takdir. Meskipun ia berujung perpisahan, tetapi ia meninggalkan sebuah pengajaran yang paling berharga.

Oleh itu terima kasih kerana pernah hadir. Terima kasih juga kerana pernah pergi.
🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿🌼🌿

Masa lalu itu tidak harus dilupakan kerana ia dapat mengajarkan kamu untuk masa depanmu.

Agar kamu tidak lagi mengulang kesilapan yang sama.

Akan tetapi tidak semestinya kamu harus merindukan masa lalu itu.

Tidak bisa lupa bukan bererti kamu merinduinya. Tidak bisa lupa bukan bererti kamu belum benar benar move on.

Ia cuma bermakna kamu sudah benar benar dewasa, yang sudah memahami bahwa masa lalu itu tidak mampu untuk melukaimu lagi.

Wednesday, 22 July 2020

Salam Zulhijjah dan Pesanan Sosial (Covid 19)

Assalamualaikum and good day lovelies!~ :)

Salam Zulhijjah!

Alhamdulillah, diam tak diam, hari ini dah masuk 1 Zulhijjah 1441 H kan? 
Rasa sekejap aja masa berlalu, dari Januari sampai ke harini. tahu-tahu dah 22 Julai, Fuh, diam tak diam kita semua dah melalui fasa PKP yang masing-masing ada cabaran yang tersendiri, ye dak? Masing-masing punya cara tersendiri untuk bangkit semula dari tempoh kita semua bantu negara hadapi pandemik global. Wah, seperti pejuang ya kita semua ni apabila usaha kita untuk #DudukRumah itu adalah usaha yang sangat bermakna dalam membantu negara kita. Semua usaha yang kita lakukan itu dapat disimpulkan dengan graf seperti dalam gambar di bawah, yang mana kes-kes makin berkurangan saban hari. Tahniah buat kita semua.



Di fasa PKPP ini, kita masih lagi perlu mengamalkan norma baharu yang kerajaan sudah terapkan selama 3 bulan bermula dari fasa PKP yang lalu. Kita semua harus ingat, virus itu masih ada, dan menjadi tanggungjawab kita semua dalam mengamalkan penjarakan sosial seperti yang sering dipesan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham setiap kali beliau melaporkan kes-kes terbaru baru Covid19 ini.

Kewujudan kluster baru akhir ini agak membimbangkan kita semua. Memetik kenyataan Dr Hisham di laman Facebook beliau (sumber), 
Namun begitu, harus diingat bahawa terdapat juga 9 kluster lain yang merupakan penularan berkaitan kes tempatan di dalam negara, dan tidak berkaitan dengan kes import. Ini menunjukkan masyarakat sememangnya telah mulai alpa dan leka, lalu mula tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sebolehnya, kita semua sangat berharap yang gelombang kedua bagi pandemik ini tidak berlaku di Malaysia kerana kita semua sudah maklum bagaimana kesan pandemik ini ke atas diri sendiri dan kepada ekonomi negara, amnya. Dengan ini, harapnya isu ini dapat dikawal sepenuhnya dengan penjagaan kendiri yang disarankan oleh kerajaan. Elakkan 3S / 3C dan amalkan 3 W seperti yang dijelaskan di gambar di bawah.



Kita semua bertanggungjawab dalam memutuskan rangkaian Covid 19 ini di negara kita. Video dari Youtube ini membantu kita memahami bagaimana penjarakan sosial berfungsi.
 


Asalnya entri ini hanya mahu memfokuskan kepada amalan untuk 10 hari dalam Zulhijjah ini. Tapi disebabkan akak terlalu risau dengan keadaan semasa, maka akak selitkan pesanan sosial seperti di atas yang pesanan ini juga ditujukan kepada diri akak sendiri. 10 hari ini ialah 10 hari yang terbaik dalam tahun ini. Insya Allah, semoga kita semua dapat memanfaatkan dan melipatkali gandakan amalan kita dalam tempoh ini.



Berikut senarai amalan yang kita boleh buat:



Ok setakat itu saja sharing akak kali ini. tulis dari pukul 12 pm tadi, pukul 4 pm baru dapat publish. yang mana dalam tempoh tu ada webinar session yang bertajuk "How to Publish in Oxford Journal". Alhamdulillah, mudah sekali proses pembelajaran di alaf norma baharu ini. 
Sampai di sini saja, see ya.

Monday, 20 July 2020

NH 1 - Jahit

Assalamualaikum and good day lovelies!~ :)

Sesaje blogwalking, acah macam takde kerja kan. haha. sesaje cari blog entri mengenai raya dalam PKP sebab tengok entri raya PKP aku masih dalam draf. Dah nak masuk Zulhijjah la woi! Hahahaha

Baca punya baca, terjumpa entri akak ni pasal wedding adik dia. Tersenyum aku di hujung entri ni - Wedding Aina, entri baju nikah.

Sekarang ni, aku tengah gigih polish skill menjahit aku. Dalam masa yang sama, negative talk (neg) aku dok condemn, belajar jauh2 tapi ini je ke aku nak buat? Entah la neg, aku happy je dapat belajar menjahit ni. dan memang aku sangat berhasrat untuk belajar menjahit, siap daftar diri kat Kursus Pendek di Kolej Komuniti, tapi semuanya aku tak dapat nak join. Sama ada clash dengan hal lalin, atau pun kelas tu tak cukup penyertaan, so tak dapat nak buat. so sad kan. Masa register kelas buat seluar tu lagi la, aku ter - miss sesi pertama, which means aku daftar sesi kedua. aduduuu, acano nak faham kan. masa tu pulak kelas tu clash dengan hal lain. Gitu la kisah nye, sedih la jugak, a lot of attempt, satu pun tak berjaya.

Nak dipendekkan cerita (panjang ke cerita tadi? hahaha), bila tiba musim PKP ni, i am soooooooo boring, walhal kerja menesis ni tak habis lagi. tapi takde mood tu, haih, dah tak mampu nak kenang. just about PKP 2, this aunty ajak i menjahit, jahit baju raya budak secara pukal. bermacam kisah dan drama aku di awal tu, dan masih ada sekarang. aku anggap ianya sebabgai salah satu cara untuk aku build my self-esteem back. and having her as my guidance, is so much bless! nak nangis weh. she's so positive, mudah tersenyum and ceria je.
cuma aku je la yang macam2 hal, actually tak leh nak kawal diri, acah fokus, walhal dalam kepala tengah stress fikir hal lain. itu citer nanti je la, kalau rajin. kahkah.

back to my second para, aku baru je lepas jahit kain lipat batik untuk baju nikah. masa jahit tu, i memang niat nak give my best. selari dengan apa aunt tu cakap, dia rasa bahagia boleh bagi yang terbaik untuk customer dia.and so i use the same as mine. ye la aku reti jahit lurus aja, dan ikut je la orang nak aku jahit kat mana. aku sangat banyak belajar bila jahit baju alter. love sangat. aku jumpa pelbagai jenis kain, dan pelbagai jenis teknik jahitan orang lain. 
ok dah lari landasan ni, wakakak.
so i nak give my best to the dress and dalam masa yang sama, i wish to jahit sendiri my wedding dress! Ahgitewwww, berangan weh. aku dah la sejenis yang suka DIY ni, sebab rasa puas tu, priceless!

inshaAllah, when time comes.

and lepas ni, nak letak entri take care you, specifically for my soulmate.

ok ciao~, bye.

Tips 1 - Writing

Assalamualaikum and good day lovelies!~ :)


Today I nak share my writing tips. Well, actually it's a reviewed from tips that I read.

First thing first, when it comes to writing, we must have a pen and a paper. Writing by typing right on the document file don't favor all the time. am i right?
I might sounds conservative, but this is true. the benefit of having a pen and a piece of paper helps us to pour what's on our mind to become an abstract. we can always scribble back the paper, to add here and there.
Writing using pen helps to activate our sensory and makes our ideas flows quickly and smoothly.
🍁20/7/2020 1528

Saturday, 18 July 2020

CL2 - Kawan

Assalamualaikum and good day lovelies!~ :)

Topik hari ini adalah mengenai kawan. Pilihlah kawan yang baik yang boleh membimbing kita ke jalan yang Allah redha. Biar tak banyak, biar hanya 10 orang je dalam circle tu, ok je. Yang penting ianya berkualiti. 

seseorang itu mungkin tidak sesuai berkawan dengan kita, walau kita nampak dia macam okay, tapi di belakang kita, siapa yang tahu? Dia mungkin sesuai berkawan dengan yang lain.

I trust my instinct, I trust my feelings. 

and when i don't feels it is right, I leave it. I distance from it.